RUANG LINGKUP UNSUR ALAM DALAM MANTERA MELAYU DARI ASPEK SIMBOL DAN MAKNA

Authors

  • Norazimah Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Mohd Amir Mohd Zahari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Rohayati Junaidi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Keywords:

Mantera, Simbol, Unsur Alam, Semiotik

Abstract

Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Pada zaman yang mementingkan sains dan teknologi, masyarakat kurang memberikan perhatian kewujudan mantera dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Mantera sering dipertikaikan kewajarannya dan fungsi penggunaannya pada masa kini. Jika kita imbas kembali sejarah penciptaan mantera dan peranannya dalam kehidupan masyarakat Melayu, memang terlalu banyak dan tidak terkira jumlahnya. Mantera menjadi alat untuk perubatan, pertahanan diri, kecantikan dan sebagainya. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan simbol dan makna unsur alam yang digunakan dalam mantera. Kajian ini turut menggunakan teori Semiotik Peirce sebagai analisis deskriptif dokumen. Dalam mantera, si pengamal sering menggunakan unsur simbol alam sebagai lambang seperti gunung dan laut, bergantung pada bentuk mantera yang digunakan. Jika mantera digunakan sebagai penghias diri atau penggamit kasih, selalunya diungkapkan sesuatu yang indah dan menyenangkan seperti bulan, matahari, bintang dan sebagainya. Justeru, melalui penggunaan mantera unsur simbol yang terdapat di dalamnya terkandung nilai pemikiran Melayu yang dilihat sebagai memberi wajah atau gambaran sebenar kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Mantera dilihat sangat penting dalam sistem sosial masyarakat dahulu

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-01

How to Cite

Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Mohd Amir Mohd Zahari, & Rohayati Junaidi. (2021). RUANG LINGKUP UNSUR ALAM DALAM MANTERA MELAYU DARI ASPEK SIMBOL DAN MAKNA. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 3(6), 42–59. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/125