TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI AWAM DI KELANTAN

Authors

  • Nurul Hasliza Zainan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan
  • Nasrin Batrisha M Kasim Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa, Kelantan,
  • Khairunnisa Mohammad Zahir Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan
  • Nik Nor Azreen Shahira Nik Azni Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Universiti
  • Nur Ain Shuhada Hassan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Universiti

Abstract

Kualiti perkhidmatan adalah satu topik yang penting sejak dahulu lagi. Pada era globalisasi ini, pelanggan amat mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama adalah untuk mengkaji hubungan antara kepuasan pelajar sarjana muda terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan universiti awam di Kelantan. Skop kajian ini dikecilkan lagi dengan memilih pelajar sarjana muda di Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa sebagai responden. Untuk mencapai matlamat ini terdapat beberapa pembolehubah dan faktor-faktor yang menjadi asas. Pembolehubah adalah perkhidmatan perpustakaan, kakitangan perpustakaan, persekitaran perpustakaan dan bahanbahan perpustakaan. Penyelidikan kuantitatif telah digunakan dan seramai 357 pelajar sarjana muda Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa telah terlibat dalam kajian ini. Setiap instrumen yang digunakan untuk menentukan keputusan kepuasan pelajar sarjana muda terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan universiti awam di Kelantan. Tahap kepuasan yang diberikan akan menyumbang kepada pencapaian pelajar Sarjana Muda universiti awam di Kelantan. Di samping itu, analisis korelasi dapat menentukan kekuatan hubungan linear antara data. Penemuan statistik menjelaskan empat pemboleh ubah bebas khususnya (perkhidmatan perpustakaan, kakitangan perpustakaan, persekitaran perpustakaan dan bahan-bahan perpustakaan) mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan pelajar sarjana muda terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan universiti awam di Kelantan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nurul Hasliza Zainan, Nasrin Batrisha M Kasim, Khairunnisa Mohammad Zahir, Nik Nor Azreen Shahira Nik Azni, & Nur Ain Shuhada Hassan. (2024). TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI AWAM DI KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3815