PEMBANGUNAN MODEL KEUSAHAWANAN i-SEDAR DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN MELALUI KOMUNITI

Authors

  • Jamaludin Shahidan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia
  • Abdullah Abdul Ghani Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kajian pembangunan Model Keusahawanan i-SEDAR (MoKiS) dalam melahirkan usahawan melalui komuniti. Rujukan utama dalam menyediakan rangka kerja pembangunan MoKiS ini ialah Model Pembangunan Komuniti (MPK) dari Amerika Syarikat. Daripada sorotan literatur terkini, didapati faktor kejayaan berdasarkan pendekatan agama, penglibatan komuniti dan peranan kerajaan didapati mempengaruhi pembangunan keusahawanan. Pembangunan MoKiS ini mengambil elemen-elemen keagamaan dalam model MUB dari Malaysia serta membuat perbandingan dengan kejayaan penglibatan komuniti dalam model OVOP dari Jepun dan kegagalan peranan kerajaan dalam model OTOP dari Thailand. Perbandingan juga dibuat dengan merujuk kejayaan Kesultanan Melayu Islam Melaka dalam menjadi pusat perdagangan dunia di zaman itu melalui pendekatan agama di abad 14 dan 15. Keperluan mengkaji terserlah memandangkan belum ada kajian dijalankan dalam kaedah kajian tindakan untuk mencapai tujuan kajian tersebut. Kajian ini mengambil masa 28 bulan atau 2 tahun dan 4 bulan, dijalankan di komuniti Taman Dahlia, Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jamaludin Shahidan, & Abdullah Abdul Ghani. (2024). PEMBANGUNAN MODEL KEUSAHAWANAN i-SEDAR DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN MELALUI KOMUNITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 1(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3821