TAHAP PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN MASYARAKAT IBAN DI SEBUYAU SARAWAK
Abstract
Kerjaya dalam bidang keusahawanan semakin berkembang dan menjadi faktor penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang keusahawanan menyediakan peluang yang luas untuk diceburi sebagai satu bidang kerjaya. Justeru Kadar penglibatan masyarakat Iban dalam bidang keusahawanan penting dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi Negara. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai galakan untuk menceburi bidang keusahawanan. Namun bilangan penglibatan masyarakat Iban dalam kerjaya keusahawanan dilaporkan masih rendah.Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Iban. Seramai 336 orang dilibatkan dalam kajian. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data kajian. Setelah data dianalisis tahap pemilihan kerjaya keusahawanan masyarakat Iban di Daerah Sebuyau Sarawak didapati berada pada kadar sederhana tinggi. Ini bermakna usaha untuk meningkatkan minat mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya perlu terus ditingkatkan. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya pelbagai program ditingkatkan dan diteruskan agar kcenderungan masyarakat Iban dapat ditingkatkan dalam bidang keusahawanan dan terus memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohammd Saidi Usop, & Norasmah Othman. (2024). TAHAP PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN MASYARAKAT IBAN DI SEBUYAU SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3825
Issue
Section
Articles