TRAIT PERSONALITI, IKLIM SEKOLAH DAN MINAT KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SMK
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat trait personaliti, iklim sekolah dan minat kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar SMK. Kajian juga bertujuan untuk melihat perhubungan dan perbezaan trait personaliti sebagai faktor dalaman dan iklim sekolah sebagai faktor luaran terhadap minat kerjaya keusahawanan pelajar SMK. Dimensi trait personaliti terdiri daripada keterbukaan (Openness), ketelitian (Conscientiousness), dan extraversi (Extroversion). Dimensi iklim sekolah melibatkan faktor guru, aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta sumber sokongan. Minat ialah pengaruh utama dan menjadi asas kepada seseorang dalam menceburi bidang keusahawanan. Pelajar SMK dilihat masih mempunyai maklumat yang kurang dan memiliki pengetahuan asas mengenai bidang keusahawanan menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap kerjaya keusahawanan. Iklim sekolah yang tidak menyokong menyebabkan bilangan pelajar berminat dalam bidang keusahawanan rendah. Pendekatan kuantitatif dipilih oleh pengkaji untuk mendapat dan memperoleh keterangan yang lebih muktamad. Seramai 384 orang responden dipilih daripada 2,030,683 orang pelajar SMK di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tahap skor min trait personaliti, iklim sekolah dan minat kerjaya keusahawnan pelajar SMK berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian korelasi mendapati terdapat hubungan antara trait personaliti dengan minat kerjaya keusahawanan pelajar SMK. Bagi iklim sekolah dengan minat kerjaya keusahawanan pelajar SMK terdapat hubungan yang signifikan sederhana antara iklim sekolah dengan minat kejaya keusahawanan pelajar SMK. Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti dengan minat kerjaya keusahawanan pelajar SMK. Manakala antara iklim sekolah dengan minat kerjaya keusahawanan pelajar SMK terdapat perbezaan yang signifikan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zunaini Mat Nawi, & Norasmah Othman. (2024). TRAIT PERSONALITI, IKLIM SEKOLAH DAN MINAT KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SMK. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3834
Issue
Section
Articles