SATU KAJIAN TINJAUAN MOTIVASI KEUSAHAWANAN TERHADAP USAHAWAN INFORMAL DI SABAH

Authors

  • Sorayah Nasip Faculty of Business, Accountancy, and Economics, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Rini Suryati Sulong Faculty of Business, Accountancy, and Economics, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Sharifah Milda Amirul Faculty of Business, Accountancy, and Economics, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.

Abstract

Usahawan dan aktiviti keusahawanan merupakan sumber utama inovasi dan kekuatan ekonomi untuk banyak negara, baik dalam sektor formal mahupun informal. Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif yang memudahkan sesiapa mendaftar secara formal dan beroperasi secara formal di sektor formal, banyak usahawan memilih untuk tetap berada di kawasan marginal melakukan aktiviti keusahawanan yang informal tanpa produk/perkhidmatan tertentu, premis sebenar, atau sebuah lesen perdagangan. Oleh itu, penyelidik berminat untuk bertanya; apa yang mendorong seseorang untuk menjalankan aktiviti keusahawanan informal? Adakah ia benar-benar berdasarkan faktor "dorongan keperluan" dan/atau "dorongan peluang" seperti yang dicadangkan oleh kajian lepas? Atau adakah terdapat daya pengaruh lain yang terikat pada keadaan pasaran atau nilai budaya yang unik untuk suatu kawasan? Bagi menjawab persoalan ini satu siri kajian kes telah dijalankan untuk memahami bagaimana motivasi peribadi, ciri-ciri dan keadaan persekitaran mempengaruhi keputusan perniagaan. Dalam kajian ini kami berkongsikan dapatan daripada satu kajian kes seorang usahawan membuat kek daripada rumah yang beroperasi dalam sektor informal. Data diperoleh daripada temubual mendalam dan pemerhatian peserta. Dapatan kami mendedahkan bahawa usahawan lebih dipengaruhi oleh peluang keusahawanan (faktor tarikan) berbanding dengan keperluan (faktor tolakan) untuk menjalankan perniagaan. Kajian ini adalah signifikan bahawa ianya mendedahkan analisis keadaan sebenar daripada perspektif usahawan, berbanding dengan faktor praanggap, di mana menyumbang terhadap pemahaman motivasi keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Sorayah Nasip, Rini Suryati Sulong, & Sharifah Milda Amirul. (2024). SATU KAJIAN TINJAUAN MOTIVASI KEUSAHAWANAN TERHADAP USAHAWAN INFORMAL DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3835