CABARAN KERJAYA KEUSAHAWANAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Abstract
Pembentukan usahawan dalam kalangan pelajar universiti merupakan agenda kerajaan masa kini. Di era Revolusi Industri ke 4, perniagaan atas talian merupakan salah satu kerjaya yang digalakkan untuk diceburi pelajar namun data menunjukkan bilangan yang menceburi bidang ini masih dianggap rendah. Justeru, kajian ini dijalankan bagi tujuan mengenal pasti cabaran kerjaya keusahawanan atas talian mengikut persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 150 pelajar telah dipilih secara rawak berstrata dilibatkan dalam kajian ini dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga cabaran utama perniagaan atas talian mengikut persepsi pelajar iaitu berkaitan kos perniagaan, komunikasi interpersonal dan kemahiran ICT. Implikasi kajian ini adalah mendorong pihak universiti untuk memperbanyakkan program berkaitan cabaran tersebut agar dapat diatasi pelajar nanti.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Helmy Emyrul Mohd Nor Efendee, & Norasmah Othman. (2024). CABARAN KERJAYA KEUSAHAWANAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3840
Issue
Section
Articles