MEMBANGUNKAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI MENERUSI KEUSAHAWANAN SOSIAL: PERANAN DAN PELUANG
Abstract
Konsep keusahawanan sosial semakin popular di seluruh dunia. Di Malaysia, keperluan terhadap keusahawanan sosial adalah berdasarkan kepada isu-isu berkaitan komuniti seperti pembangunan ekonomi, sosial, persekitaran dan pendidikan. Komuniti perlu terus diperkasa memandangkan komuniti merupakan kumpulan individu yang membentuk dan menjadi modal insan yang berharga untuk negara ini. Budaya komuniti yang sebahagiannya lebih cenderung menunggu serta bergantung kepada bantuan pihak kerajaan umumnya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khasnya perlu diubah. Dengan menghasilkan seramai mungkin usahawan sosial dalam komuniti dipercayai akan dapat meningkatkan status sosio-ekonomi komuniti tersebut sekaligus merangsang pembangunan negara dengan pantas. Oleh yang demikian, komuniti di negara ini perlu didedah dan dididik dengan konsep, peranan serta peluang keusahawanan sosial untuk mereka menggerakkan pembangunan sosial serta ekonomi menerusi platform keusahawanan sosial. Kejayaan individu yang mempelopori pendekatan keusahawanan sosial dalam menyelesaikan masalah komuniti perlu diwar-war kepada umum khususnya kepada kumpulan dalam komuniti itu sendiri supaya boleh dijadikan contoh dalam melakar kejayaan aktiviti keusahawanan sosial dalam komuniti. Melalui pendekatan keusahawanan sosial ini, pemerkasaan sosio-ekonomi komuniti diharap dapat dizahirkan. Justeru, kertas kerja konsep ini bertujuan untuk menerangkan konsep dan pendekatan keusahawanan sosial terhadap pembangunan sosio-ekonomi komuniti dengan penekanan terhadap peranan serta peluang keusahawanan sosial.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Hariyaty Ab Wahid, Rafiduraida Abdul Rahman, Noor Lela Ahmad, Wan Salmuni Wan Mustaffa, Suraini Mohd Rhouse, & Nek Kamal Yeop Yunus. (2024). MEMBANGUNKAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI MENERUSI KEUSAHAWANAN SOSIAL: PERANAN DAN PELUANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3846
Issue
Section
Articles