PENGALAMAN WANITA YANG MENGGUNAKAN PRODUK PELANGSINGAN BERCAMPUR BAHAN TERLARANG

Authors

  • Yusramizza Md Isa @ Yusuff School of Law, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Samihah Khalil @ Halim School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Rozita Abdul Mutalib School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia

Abstract

Peningkatan permintaan daripada pengguna terutamanya dalam kalangan wanita membawa kepada peningkatan kepelbagaian produk pelangsingan dalam pasaran. Produk pelangsingan sering manjadi paparan iklan-iklan di media masa. Kecenderungan wanita untuk mendapatkan produk pelangsingan adalah didorong oleh keinginan untuk kelihatan langsing dan cantik. Walau bagaimanapun, tidak semua produk pelangsingan dalam pasaran adalah selamat untuk diambil. Di Malaysia, terdapat produk pelangsingan yang bercampur dengan bahan-bahan terlarang termasuk racun yang senaraikan dalam Akta Racun 1952 dan dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh yang demikian, penggunaan produk pelangsingan tersebut berpotensi mengakibakan implikasi negatif kepada aspek kesihatan pengguna. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau pengalaman terhadap kesan pengambilan produk pelangsingan yang mempunyai kandungan bahan terlarang dalam kalangan wanita yang terlibat dalam industri yang menuntut mereka berpenampilan menarik serta langsing. Seramai 14 responden yang terdiri daripada peragawati, pramugari dan artis telah ditemubual bagi mendapatkan gambaran tentang trend penggunaan produk pelangsingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden mencapai penurunan berat badan yang diingini setelah mengambil produk pelangsingan. Tetapi, penurunan berat yang diperolehi tidak kekal lama disebabkan oleh amalan diet yang tidak seimbang. Di samping itu, dapatan kajian mendedahkan bahawa responden turut mengalami gangguan kesihatan termasuk secara fizikal dan emosi sebagai akibat daripada penggunaan produk pelangsingan yang mengandungi bahan terlarang. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan iaitu semakan semula terhadap dasar dan garis panduan pekerjaan yang menjadikan saiz dan berat badan sebagai spesifikasi pekerjaan dan pemantapan kaedah pendidikan kepada pengguna bagi meningkatkan ilmu undang-undang serta kepenggunaan mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Samihah Khalil @ Halim, & Rozita Abdul Mutalib. (2024). PENGALAMAN WANITA YANG MENGGUNAKAN PRODUK PELANGSINGAN BERCAMPUR BAHAN TERLARANG . INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3850