PENGURUSAN KEWANGAN PRASEKOLAH SWASTA

Authors

  • Syed Lamsah Syed Chear Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Malaysia

Abstract

Perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak di sektor swasta semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa. Rangkaian francais tadika swasta dikatakan memiliki strategi pemasaran yang lebih menyeluruh serta dianggap mempunyai kawalan mutu yang lebih baik. Ini menimbulkan persoalan terhadap kemampuan tadika dan taska persendirian untuk bersaing di pasaran. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau aspek pengurusan kewangan di tadika dan taska persendirian serta kemampuan institusi ini untuk berdaya maju. Data diperolehi melalui borang soal-selidik yang diedarkan kepada para pengusaha. Skop kajian terhad kepada institusi berdaftar di negeri Selangor. Maklumbalas daripada 52 institusi mendapati sebilangan besar institusi mempunyai jumlah kanak-kanak yang mencukupi. Guru-guru adalah berkelayakan tetapi dibayar gaji pada skala yang rendah. Saiz kelas yang kecil dan berbeza-beza menyebabkan tadika swasta tidak menyediakan pembantu pengurusan murid. Lebih banyak tadika berada dalam kategori pendapatan tinggi berbanding taska, manakala dalam aspek perbelanjaan kedua-dua institusi berada dalam kategori rendah. Yuran pendaftaran adalah berbeza-beza antara institusi tetapi tadika mengenakan yuran sampingan pada kadar yang lebih tinggi berbanding taska. Terdapat perbezaan keutamaan perbelanjaan operasi yang ditanggung antara tadika dan taska. Beberapa saranan untuk mengurangkan beban kewangan pengusaha tadika dan taska dibincangkan di akhir artikel ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Syed Lamsah Syed Chear. (2024). PENGURUSAN KEWANGAN PRASEKOLAH SWASTA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3852