CABARAN KEBERKESANAN LEMBAGA PENGARAH: INTROSPEKTIF TERHADAP PENGALAMAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Authors

  • Suraiya Ishak Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Raflis Che Omar Pusat Kajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Lembaga pengarah merupakan tunggak utama kepada sistem tadbir urus korporat. Lembaga pengarah memberi pengaruh signifikan dalam kawalan korporat melalui peranan kawalan, perkhidmatan dan strategik. Makalah ini bertujuan menjejaki cabaran keberkesanan pelaksanaan fungsi lembaga korporat berdasarkan konteks pengalaman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu di Malaysia. Kajian ini mengaplikasi pendekatan penyelidikan unobtrusive berasaskan maklumat sekunder awam. Perolehan data tersebut diperolehi daripada penerbitan dalam talian (online) dengan menggunakan kata kunci carian nama entiti terlibat. Dua entiti yang mencetus kontroversi di Malaysia sepanjang tempoh pertengahan tahun 2018 sehingga awal tahun 2019 telah dirujuk sebagai kes penelitian. Hasil analisis ke atas kandungan rujukan tersebut menemui tema cabaran yang merangkumi; (1) patrimonialism dalam struktur lembaga pengarah; (2) perlantikan individu berpengaruh (ahli politik dan penjawat awam utama) yang bukan pakar perniagaan dan teknikal berkaitan; (3) amalan keanggotaan silang-pengarah yang keterlaluan dalam kalangan organisasi berkaitan kerajaan, (4) dominasi pengaruh dan kuasa pengerusi lembaga; dan (5) pembuatan keputusan peringkat lembaga yang tidak telus. Keaslian kajian ini terletak pada proses kajian yang telah memanfaatkan kekuatan penyelidikan kualitiatif dalam memahami cabaran tadbir urus korporat dengan mengambil kira senario sebenar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Suraiya Ishak, & Ahmad Raflis Che Omar. (2024). CABARAN KEBERKESANAN LEMBAGA PENGARAH: INTROSPEKTIF TERHADAP PENGALAMAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3853