FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN AGROPRENEUR MUDA DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RANGKA KERJA KONSEPTUAL
Abstract
Kejayaan keusahawanan amat penting bagi menjamin kesinambungan hayat dan daya saing sesebuah perniagaan. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu rangka kerja konseptual komprehensif yang mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan keusahawanan dalam kalangan agropreneur muda di Malaysia. Kajian ini merupakan tinjauan literatur terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan keusahawanan. Dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor utama, iaitu faktor dalaman dan faktor luran yang boleh membawa kepada kejayaan keusahawanan. Faktor-faktor dalaman yang dikaji dalam kajian ini adalah berkaitan dengan aspek diri individu agropreneur muda itu sendiri yang merangkumi pemikiran keusahawanan, kemahiran keusahawanan, sikap keusahawanan dan nilai agama, manakala faktor luaran pula ialah sokongan kerajaan. Selain itu, rangka kerja konseptual ini juga mencadangkan pengujian terhadap dua faktor penyederhana, iaitu nilai agama dan sokongan kerajaan yang menyederhanakan hubungan antara pemikiran keusahawanan, kemahiran keusahawanan dan sikap keusahawanan terhadap kejayaan keusahawanan. Selanjutnya, pengkaji akan menggunakan rangka kerja konseptual ini untuk menjalankan kajian secara empirikal menggunakan kaedah kuantitatif bagi menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan keusahawanan dalam kalangan agropreneur muda di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Atikah Nor binti Johari, Armanurah Mohamad, & Awanis Ku Ishak. (2024). FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN AGROPRENEUR MUDA DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RANGKA KERJA KONSEPTUAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3858
Issue
Section
Articles