KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Authors

  • Ishak Abd Rahman Faculty of Economic and Management, Universiti Kebangsaan , Malaysia
  • Abdullah Sanusi Othman Faculty of Economic and Management, Universiti Kebangsaan , Malaysia
  • Marina Cruz Nelson Cruz Faculty of Economic and Management, Universiti Kebangsaan , Malaysia
  • Azmi Aziz Faculty of Economic and Management, Universiti Kebangsaan , Malaysia

Abstract

Media sosial menjadi salah satu media yang mempunyai pelbagai keunggulan berbanding dengan media lainnya. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan media sosial terhadap prestasi pekerja di kalangan pekerja swasta. Kesan penggunaan media sosial ini dikaji dalam 6 tahap literasi iaitu kepercayaan ,berkongsi pandangan, hubungan rangkaian, pemindahan pengetahuan, prestasi kerja,pengalaman media sosial di kalangan pekerja swasta. Kajian berbentuk tinjaun ini menggunakan instrumen soal selidik di kalangan 111 pekerja swasta di Malaysia. Keputusan mendedahkan bahawa media sosial boleh menggalakkan pembentukan pekerja modal sosial yang ditunjukkan oleh hubungan rangkaian, berkongsi pandangan dan kepercayaan yang dikongsi, seterusnya dapat memudahkan pemindahan pengetahuan. Berkongsi pandangan dan pemindahan pengetahuan yang dikongsi secara positif mempengaruhi prestasi kerja.Walaupun hubungan rangkaian dan kepercayaan tidak mempunyai kesan langsung terhadap prestasi kerja, pengaruh tersebut adalah sebahagiannya daripada pemindahan pengetahuan. Semua pemboleh ubah kajian adalah mempunyai hubungan normal iaitu penggunaan sosial media di tempat kerja, Kepercayaan ,Berkongsi pandangan, Hubungan rangkaian, Pemindahan pengetahuan, Prestasi kerja,Pengalaman sosial media. Hal ini mungkin kerana kefahaman responden yang memberikan kerjasama yang baik semasa memberikan respon terhadap soalan kaji selidik secara jujur.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ishak Abd Rahman, Abdullah Sanusi Othman, Marina Cruz Nelson Cruz, & Azmi Aziz. (2024). KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PRESTASI PEKERJA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3862