FAKTOR PEMINDAHAN LATIHAN TERHADAP PRESTASI KERJA STRATEGIK DALAM KALANGAN ANGGOTA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SELANGOR: SATU KAJIAN TEORITIKAL

Authors

  • Ummi Kalsom Zakaria Psychology & Human Well-Being Research Centre, Faculty of Social Science & Humanities (UKM), Malaysi
  • Siti Fardaniah Abdul Aziz Psychology & Human Well-Being Research Centre, Faculty of Social Science & Humanities (UKM), Malaysi
  • Mohd Nasir Selamat Psychology & Human Well-Being Research Centre, Faculty of Social Science & Humanities (UKM), Malaysi
  • Nik Hairi Omar Psychology & Human Well-Being Research Centre, Faculty of Social Science & Humanities (UKM), Malaysi

Abstract

Prestasi kerja adalah penting dalam penentuan kualiti dan reputasi organisasi. Sistem pengukuran prestasi yang lebih strategik akan membantu pihak pengurusan dalam menterjemahkan strategi organisasi kepada plan tindakan untuk lebih maju dan berdaya saing dalam mencapai visi dan misi. Di samping itu, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi peningkatan prestasi kerja individu dan salah satunya adalah faktor pemindahan latihan dapat memberi peningkatan prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Hal ini kerana pemindahan latihan merupakan pengaplikasian berterusan dalam pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa menjalani latihan untuk diamalkan di tempat kerja. Pemindahan latihan berlaku sekiranya pekerja mempraktikkan secara berterusan segala yang ilmu yang diterima dan dipelajari semasa menjalani latihan untuk meningkatkan prestasi di tempat kerja. Secara umumnya, kajian ini membuktikan pemindahan latihan yang positif akan memberi impak yang baik terhadap prestasi kerja strategik seseorang individu dalam organisasi. Artikel ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dalam bidang pengurusan sumber manusia dan bidang psikologi organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ummi Kalsom Zakaria, Siti Fardaniah Abdul Aziz, Mohd Nasir Selamat, & Nik Hairi Omar. (2024). FAKTOR PEMINDAHAN LATIHAN TERHADAP PRESTASI KERJA STRATEGIK DALAM KALANGAN ANGGOTA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SELANGOR: SATU KAJIAN TEORITIKAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3863