FAKTOR PENENTU PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN CHALET DI PINGGIR PANTAI DAERAH MARANG, TERENGGANU

Authors

  • Ruzanna Syamimi Ramli Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah
  • Jabil Mapjabil Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dalam perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual terhadap peungusaha chalet yang merupakan komuniti tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi juga dilakukan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ruzanna Syamimi Ramli, & Jabil Mapjabil. (2024). FAKTOR PENENTU PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN CHALET DI PINGGIR PANTAI DAERAH MARANG, TERENGGANU. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3865