KEHENDAK PELAJAR DAN PEMILIHAN TERHADAP KERJAYA KEUSAHAWANAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Authors

  • Chai Siew Ling Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia
  • Nor Aishah Buang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia

Abstract

Proses permulaan dan pengurusan sesuatu usaha perniagaan syarikat atau organisasi berhubung kait rapat dengan bidang keusahawanan. Usahawan mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan pelan perniagaan supaya mereka dapat memperoleh sumber kewangan dan manusia yang sedia ada dalam pasaran. Bidang keusahawanan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara dengan mencipta banyak dan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat tersebut. Malaysia sentiasa berusaha untuk memupuk minat keusahawanan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar institut pendidikan tinggi agar mereka dapat meneruskan kerjaya keusahawanan selepas tamat pengajian. Namun begitu, usaha tersebut telah menunjukkan bahawa tidak berjaya adalah disebabkan oleh bilangan graduan pada peringkat yang rendah di dalam kerjaya keusahawanan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kehendak pelajar dan pemilihan terhadap kerjaya keusahawanan pelajar daripada 49 buah universiti di Malaysia. Seramai 280 orang pelajar IPT yang bersetuju untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Bagi kajian ini analisis data tinjauan dengan satu set soal selidik telah diedarkan kepada para responden secara di atas talian. Perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) digunakan untuk memperoleh data analisis, analisis deskriptif dan regresi juga dapat dilakukan. Analisis data tinjauan mendapati bahawa kehendak pelajar terhadap kerjaya keusahawanan adalah pada tahap yang tinggi tetapi pemilihan terhadap kerjaya keusahawanan pelajar pula pada tahap yang sederhana tinggi sahaja. Justeru, pihak kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan dan menyediakan langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kadar pemilihan untuk menjalankan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chai Siew Ling, Nor Aishah Buang, & Norasmah Othman. (2024). KEHENDAK PELAJAR DAN PEMILIHAN TERHADAP KERJAYA KEUSAHAWANAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3872