CABARAN E-DAGANG DALAM KALANGAN PELAJAR KEUSAHAWANAN DIGITAL JABATAN PERDAGANGAN
Abstract
Kursus Keusahawanan Digital (Digital Enterprenurship) adalah kursus teras umum (common core) yang perlu diambil oleh pelajar peringkat Diploma di Jabatan Perdagangan, Politeknik Malaysia. Penawaran kursus bertujuan melahirkan usahawan yang berupaya menjalankan perniagaan secara atas talian selari dengan perkembangan IR4.0. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar Keusahawanan Digital Politeknik Merlimau dan perbezaan cabaran yang dihadapi pelajar terhadap tempoh pengalaman berniaga dan program pengajian. Kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dijalankan ke atas 113 pelajar di Jabatan Perdagangan yang merupakan sampel kajian untuk menjawab soalselidik. Soal selidik mempunyai 15 item soalan merangkumi tiga aspek kajian iaitu pengetahuan, keselamatan dan kewangan. Data kajian dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian mendapati cabaran e-dagang dalam kalangan pelajar Keusahawanan Digital berada pada tahap yang sederhana antara 2.93 hingga 3.29. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara cabaran e-dagang terhadap tempoh pengalaman berniaga p (113) = 0.466 dan program pengajian p (113) = 0.594. Kesan daripada penawaran kursus dapat menggilap kemahiran pelajar menjadi usahawan dan memberikan pengalaman menghadapi cabaran berniaga secara dalam talian. Ianya juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pensyarah dan kurikulum dalam menghasilkan kandungan pengajaran sejajar dalam objektif organisasi untuk membangunkan graduan TVET yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang melalui pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi perindustrian (IR4.0).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rosfashihah Roslan, & Nisrina Abd Ghafar. (2024). CABARAN E-DAGANG DALAM KALANGAN PELAJAR KEUSAHAWANAN DIGITAL JABATAN PERDAGANGAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3873
Issue
Section
Articles