DIMENSI PERANCANGAN PENGURUSAN PENGGANTIAN: KES PERNIAGAAN KELUARGA USAHAWAN MUSLIM DI NEGERI KEDAH
Abstract
Perniagaan keluarga sangat penting kepada pertumbuhan ekonomi kerana dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara. Perniagaan keluarga adalah sebuah entiti perniagaan yang diuruskan oleh ahli keluarga yang sama. Walaupun tiada statistik yang lengkap mengenai jumlah perniagaan keluarga di Malaysia, namun perniagaan keluarga di Malaysia mempunyai sumbangan kepada negara terutamanya perniagaan keluarga milik umat Islam. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk mengkaji perancangan pengurusan penggantian dalam sesebuah perniagaan keluarga Islam di negeri Kedah. Maka, kertas kerja ini membincangkan proses perancangan penggantian dari pengasas (pemilik asal) kepada generasi kedua dan seterusnya. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Teknik temu bual digunakan untuk pengutipan data ke atas pemilik generasi kedua perniagaan keluarga Muslim. Hasil kajian mendapati terdapat enam (6) dimensi utama sebagai penyumbang kepada faktor perancangan penggantian sebuah perniagaan keluarga iaitu (i) Mengenal pasti calon pengganti; (ii) Penglibatan ahli keluarga dalam pengurusan perniagaan; (iii) Membangunkan alatan kelangsungan (survival) kepada calon pengganti; (iv) Mendidik dan menyuburkan calon pengganti; (v) Mempertimbangkan bantuan daripada pihak luar dan (vi) Membangunkan persekitaran hormat dan percaya. Justeru, perniagaan keluarga wajar mempunyai proses perancangan penggantian agar perniagaan dapat ditadbir oleh generasi seterusnya secara efisyen.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Syahrina Abdullah, Afifah Abu Yazid, & Armanurah Mohamad. (2024). DIMENSI PERANCANGAN PENGURUSAN PENGGANTIAN: KES PERNIAGAAN KELUARGA USAHAWAN MUSLIM DI NEGERI KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3894
Issue
Section
Articles