BUDAYA ‘SILO’: CABARAN DALAM PENGURUSAN DI SEKTOR AWAM
Abstract
Budaya ‘silo’ menggambarkan sikap dan nilai yang ada dalam kalangan pekerja yang membentuk mentaliti mereka seterusnya budaya dalam cara bekerja. Sikap dan nilai ini dikatakan mudah dialami oleh organisasi besar seperti sektor awam yang terdedah dengan pelbagai masalah birokrasi. Perkara ini berlaku kerana birokrasi itu sendiri akan menghasilkan red tape dengan kepelbagaian aturan sekali gus menetapkan aturan formal kepada individu pekerjanya. Justeru, ianya menjadi satu cabaran yang besar kepada pengurusan di sektor awam. Kegagalan dalam aspek mengurus akan memberi kesan yang mendalam terhadap penyampaian dalam perkhidmatan awam. Skop perbincangan kertas kerja ini akan melihat dari aspek konseptual akan cabaran yang berlaku di dalam mengurus sektor awam oleh pihak kerajaan akibat daripada budaya ‘silo’ yang mana ada dalam kalangan kita tidak menyedari akan kewujudannya di dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, diharapkan perbincangan ini akan dapat memperkasakan aspek pengurusan sektor awam serta mempertingkatkan lagi integriti dalam kalangan penjawat awam di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noni Harianti Junaidi, & Lutfan Jaes. (2024). BUDAYA ‘SILO’: CABARAN DALAM PENGURUSAN DI SEKTOR AWAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3898
Issue
Section
Articles