PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP KUALITI MASJID DAN KESANNYA TERHADAP PELAKSANAAN SOLAT SECARA BERJEMAH: KAJIAN DI SELURUH MASJID DI KELANTAN

Authors

  • Muhammad Saiful Anuar Yusoff Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Mohd Fadzuli Mohd Zain Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Malaysia
  • Zawiah Seman SMK Agama Wataniah, Machang, Malaysia

Abstract

Kualiti merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna berdasarkan spesifikasi atau piawaian yang telah ditetapkan. Masjid yang berkualiti merupakan antara faktor pendorong masyarakat untuk hadir solat dan solat secara berjemaah di masjid. Walaupun demikian, antara faktor yang dikaitkan dengan kurangnya kehadiran individu untuk berjemaah di masjid adalah tahap kualiti masjid yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap kualiti masjid berdasarkan persepsi jemaah masjid dan kesan masjid yang berkualiti terhadap pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid-masjid di negeri Kelantan. Sebanyak 618 data diperoleh daripada jemaah masjid di Kelantan yang dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 3.0. Dapatan kajian membuktikan bahawa a) tahap persepsi masyarakat terhadap kualiti masjid adalah tinggi (M=6.18-6.22; SP:0.93-0.96) dan b) terdapat pengaruh kualiti masjid yang positif dan besar terhadap pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid (ß=.775, t=29.578, p<0.01, f2=1.508). Berdasarkan kepada hasil analisis IPMA dalam PLS, pengurusan masjid yang berkualiti merupakan faktor paling penting yang mempengaruhi pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid diikuti dengan kualiti kuliah agama di masjid, kualiti prasarana dan kemudahan masjid serta kualiti fizikal masjid seperti kebersihan, keceriaan dan keselamatan masjid. Penemuan ini membuktikan kesemua elemen kualiti masjid ini mempengaruhi kehadiran jemaah untuk melaksanakan solat secara berjemaah di masjid-masjid di negeri Kelantan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Mohd Fadzuli Mohd Zain, & Zawiah Seman. (2024). PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP KUALITI MASJID DAN KESANNYA TERHADAP PELAKSANAAN SOLAT SECARA BERJEMAH: KAJIAN DI SELURUH MASJID DI KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3900