PERSEPSI WANITA BEKERJAYA TERHADAP PERBEZAAN PERSEKITARAN TEMPAT BEKERJA SEBELUM DAN SELEPAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): KAJIAN KES DI SABAH DAN SARAWAK

Authors

  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Azri Ibrahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Tony Paridi Bagang Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Praveen Kaur Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020. Usaha ini dilakukan bagi membendung pandemik Covid-19 yang telah memberikan kesan besar bukan sahaja kesihatan manusia, tetapi juga dalam sektor pekerjaan. Disebalik pelaksanaan PKP masyarakat secara keseluruhannya mengalami perubahan dalam pelbagai hal berkaitan kehidupan harian mereka, khususnya dalam kalangan wanita bekerjaya. Hal ini melibatkan perubahan dari segi persekitaran pekerjaan. Namun demikian, maklumat berkaitan perbezaan persekitaran tempat kerja sebelum dan selepas PKP masih kurang diberikan penjelasan secara ilmiah. Sehubungan itu, dengan mengaplikasikan pendekatan mixed- method, kajian persepsi wanita bekerjaya terhadap perbezaan persekitaran tempat kerja sebelum dan selepas PKP di Sabah dan Sarawak telah dijalankan. Secara umum, kajian ini mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa suasana bekerja sebelum dan selepas PKP adalah berbeza. Adalah diharapkan hasil kajian ini menyediakan maklumat penting berkenaan perubahan persekitaran di tempat kerja untuk kalangan pihak berkepentingan bagi tujuan penambahbaikan pelbagai hal berkaitan suasana tempat kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Abang Mohd Razif Abang Muis, Mohd Azri Ibrahim, Tony Paridi Bagang, & Praveen Kaur. (2024). PERSEPSI WANITA BEKERJAYA TERHADAP PERBEZAAN PERSEKITARAN TEMPAT BEKERJA SEBELUM DAN SELEPAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): KAJIAN KES DI SABAH DAN SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3904