HUBUNGKAIT DIANTARA KEPIMPINAN, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN KES DI SABAH, MALAYSIA

Authors

  • Saidatul Badru Mohd. Said Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Ismail Ali Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, MalaysiaPusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kepimpinan biasanya dikaitkan dengan aspek pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial. Bagi memahami perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial ini maka satu kajian kes telah dijalankan di negeri Sabah, Malaysia. Bagi maksud tersebut pendekatan mixed method telah digunapakai bagi membolehkan data kualitatif diperolehi melalui rujukan sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih serta data kuantitatif dapat dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik. Seramai 8 orang responden dipilih bagi sesi temubual untuk mendapatkan data kualitatif dan seramai 100 orang responden terpilih untuk memberikan maklumbalas menggunakan borang soal selidik yang dimaksudkan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Berdasarkan analisis data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi ini adalah didapati bahawa sememangnya wujud perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial di Sabah, Malaysia. Menyedari hakikat ini adalah diharapkan pihak berwajib dapat merangka dan seterusnya melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan daya kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelbagai peringkat di Sabah, Malaysia mahupun di tempat lain untuk memastikan pembangunan ekonomi dan keharminian sosial dapat terus diperkasa serta dilestarikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saidatul Badru Mohd. Said, Ismail Ali, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, & Romzi Ationg. (2024). HUBUNGKAIT DIANTARA KEPIMPINAN, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN KES DI SABAH, MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3905