MEMAHAMI HUBUNGKAIT DIANTARA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN KESEIMBANGAN KERJA KEHIDUPAN: ANALISIS AWAL
Abstract
Dalam era moden ini, organisasi perlu mewujudkan sistem Pengurusan Sumber Manusia (PSM) yang bertujuan menyokong pembangunan kompetensi pekerja selain membolehkan pelaksanaan strategi organisasi dijalankan secara berkesan. Menyedari hakikat ini maka adalah ditegaskan bahawa secara teoritikal PSM mempunyai pengaruh yang kuat terhadap aspek Keseimbangan Kerja Kehidupan (KKK) pekerja, khususnya di sektor awam. Bagi membuktikan dakwaan ini maka kajian telah dijalankan yang mana kajian tersebut menyumbang kepada penghasilan satu kertas kerja. Dalam pada itu, kertas kerja yang dihasilkan berdasarkan kajian tersebut membincangkan hubungkait secara teoritikal diantara Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dan Keseimbangan Kerja Kehidupan (KKK) melalui maklumat yang diperolehi melalui aplikasi pendekatan kualitatif. Kajian yang menjurus kepada penghasilan kertas kerja ini mendapati bahawa PSM dan KKK mempunyai salingkaitan yang signifikan. Oleh itu, adalah diharap dengan maklumat ini maka pihak berwajib dapat merangka seterusnya melaksanakan pelbagai inisiatif bertujuan pemantapan PSM bagi menyokong aspek KKK dalam mana-mana organisasi strategik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohammad Wazir Shafie Aliasah, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Romzi Ationg, & Mohd Sohaimi Esa. (2024). MEMAHAMI HUBUNGKAIT DIANTARA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN KESEIMBANGAN KERJA KEHIDUPAN: ANALISIS AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3906
Issue
Section
Articles