PRINSIP ‘AMAL SOLEH DALAM ETIKA KERJA ISLAM: SATU ANALISIS KONSEPTUAL
Abstract
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis pandangan ulama berkaitan prinsip ‘amal soleh. Kedua, merumuskan prinsip ‘amal soleh dalam etika kerja Islam. Islam merupakan agama yang syumul. Panduan yang diberikan meliputi semua aspek kehidupan termasuk akhlak dalam pekerjaan. Etika dan akhlak mempunyai persamaan, walaupun hakikat terasnya adalah amat berbeza. Namun begitu, dalam kertas kerja ini istilah etika digunakan kerana menjadi istilah petunjuk di setiap organisasi pekerjaan. Etika kerja secara istilahnya tidak ditemui dalam al-Quran, namun ‘amal soleh boleh diberi persamaan dengan etika kerja. Dari itu, prinsip ‘amal soleh boleh dibincangkan sebagai satu prinsip etika kerja Islam. Persoalannya bagaimanakah pandangan ulama berkaitan prinsip ‘amal soleh? Seterusnya, bagaimana prinsip ‘amal soleh boleh dibincangkan dalam konteks etika kerja Islam? Kertas kerja ini berhasrat menjawab kedua-dua persoalan tersebut menerusi analisis kandungan terhadap beberapa literature. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini menemukan 10 elemen yang terkait dengan ‘amal soleh. Bagi persoalan kedua, kertas kerja ini merumuskan 10 elemen ‘amal soleh dalam konteks etika kerja Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Khadafi Rofie, Nurakmal Ahmad Mustaffa, Mayram Zulkiflli, Nor Hanani Ismail, Malina Zulkifli, & Amirul Haziq Abd. Kadir. (2024). PRINSIP ‘AMAL SOLEH DALAM ETIKA KERJA ISLAM: SATU ANALISIS KONSEPTUAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3911
Issue
Section
Articles