KEMAMPUAN DAN KESEDIAAN MENGERJAKAN IBADAH UMRAH PENDUDUK DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG: SATU KAJIAN DI FASA ENDEMIK

Authors

  • Fariza Ahmad Mahyadin@Mahidin Universiti Utara Malaysia
  • Wan Nadzri Osman Universiti Utara Malaysia
  • Herman Shah Anuar Universiti Utara Malaysia
  • Adi Irfan Che Ani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nasrun Mohd Nawi Universiti Utara Malaysia
  • Suria Musa Universiti Utara Malaysia
  • Kamal Imran Mohd Sharif Universiti Utara Malaysia

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menjejaskan banyak perkara termasuk aktiviti sosial dan ekonomi. Banyak sempadan negara terpaksa ditutup sebagai tindak balas disebabkan penularan wabak berbahaya ini. Bagi umat Islam, antara kesan utama ialah halangan untuk menunaikan umrah dan haji di mana Arab Saudi antara negara yang menutup pintu sempadan negara mereka dari kebanjiran para jemaah haji dan umrah. Namun, selepas banyak negara mula menunjukkan penurunan kes melalui usaha kawalan wabak sama ada melalui proses vaksinasi dan pelbagai usaha lain, Arab Saudi telah pun mula membuka sempadan negara mereka untuk jemaah dari negara lain masuk menunaikan haji dan umrah. Kajian ini dijalankan untuk menilai respons masyarakat di negeri utara semananjung Malaysia terhadap kemampuan menunaikan ibadah umrah semasa fasa endemik covid-19. Fokus utama kajian melibatkan penduduk dua buah negeri di utara semenajung Malaysia iaitu Kedah dan Perlis. Metodologi penyelidikan kuantitatif telah digunakan di mana 1093 respon dikumpulkan dari kedua-dua negeri. Populasi kajian adalah 2 juta orang Islam. Kajian ini penting untuk menilai kecenderungan masyarakat di kedua-dua negeri ini berhubung niat mereka menunaikan umrah dan haji setelah keadaan bertambah baik. Didapati sambutan daripada penduduk di kedua-dua negeri ini amat baik dan amat positif. Mereka menunjukkan minat dan kesanggupan yang kuat untuk menunaikan ibadah umrah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fariza Ahmad Mahyadin@Mahidin, Wan Nadzri Osman, Herman Shah Anuar, Adi Irfan Che Ani, Mohd Nasrun Mohd Nawi, Suria Musa, & Kamal Imran Mohd Sharif. (2024). KEMAMPUAN DAN KESEDIAAN MENGERJAKAN IBADAH UMRAH PENDUDUK DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG: SATU KAJIAN DI FASA ENDEMIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3912