TINJAUAN TERHADAP FAKTOR DEMOGRAFI DALAM PENGKOMERSIALAN PENYELIDIKAN DI UNIVERSITI
Abstract
Pengkomersialan penyelidikan semakin mendapat perhatian daripada pelbagai bidang penyelidikan di universiti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan faktor demografi (jantina, umur, jawatan, jenis universiti, pengalaman sebagai penyelidik, pengetahuan tentang pengkomersialan dan bidang penyelidikan) dalam aktiviti pengkomersialan penyelidikan dalam kalangan pensyarah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk kajian keratan rentas deskriptif digunakan dan saiz sampel seramai 155 orang pensyarah telah dipilih secara persampelan rawak mudah dari 20 buah universiti awam di Malaysia. Data primer dikumpul melalui soal selidik dalam bentuk Google Form yang disebarkan melalui email. Kemudian, data yang terkumpul dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Hasil analisis Ujian-t dan ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aktiviti pengkomersialan penyelidikan berdasarkan faktor demografi termasuk jantina, umur, jawatan, jenis universiti, pengalaman sebagai penyelidik, pengetahuan tentang pengkomersialan dan bidang penyelidikan. Ini membuktikan bahawa penyelidik akademik sepatutnya tidak menganggap faktor demografi sebagai halangan dalam aktiviti pengkomersialan penyelidikan mereka. Oleh itu, penemuan kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam merangka pelbagai strategi dan proses membuat keputusan, dengan tujuan merangsang usaha yang lebih besar dalam pengkomersialan hasil penyelidikan khususnya di peringkat universiti.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Marina Muhammad Razaki, Mohammad Ismail, & Nur Izzati Mohamad Anuar. (2024). TINJAUAN TERHADAP FAKTOR DEMOGRAFI DALAM PENGKOMERSIALAN PENYELIDIKAN DI UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3913
Issue
Section
Articles