KESAN KOMPOSISI LEMBAGA PENGARAH TERHADAP NILAI FIRMA BAGI SYARIKAT MULTINASIONAL DI MALAYSIA

Authors

  • Haslina Hassan Basri Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Business and Communication, Un
  • Wan Sallha Yusoff Kulliyyah of Muamalat & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adz
  • Mohd Rosli Abdul Ghani Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Business and Communication, Un
  • Faizatul Hasliyanti Ghazali Kulliyyah of Muamalat & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adz
  • Nur Shira Ain Mohd Nasir Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Business and Communication, Un

Abstract

pengarah terhadap nilai firma bagi syarikat multinasional (MNC) yang diperbadankan di Malaysia. Skop kajian terdiri daripada MNC yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2018 hingga 2020. Analisa kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan data panel regrasi berganda. Nilai lebihan digunakan sebagai proksi kepada nilai firma. Selain itu Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bebas, kepelbagaian ALP dan matriks kemahiran ALP juga digunakan sebagai proksi kepada komposisi lembaga pengarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa ALP bebas dan matriks kemahiran ALP memberi kesan positif terhadap nilai firma MNC di Malaysia. Sebaliknya kepelbagaian ALP dan kepelbagaian jantina tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap nilai firma MNC di Malaysia berbanding kepada kepelbagaian umur dan kepelbagaian etnik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian komposisi lembaga pengarah terutamanya berkaitan ALP bebas, matriks kemahiran ALP, kepelbagaian umur dan etnik sepatutnya menjadi kriteria utama kepada jawatankuasa pencalonan organisasi untuk menilai dalam membuat keputusan tentang pencalonan ALP yang baru. Kajian ini juga dijangka dapat membantu pembuat dasar dan polisi terutamanya firma MNC, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam meningkatkan kualiti tadbir urus korporat syarikat MNC di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Haslina Hassan Basri, Wan Sallha Yusoff, Mohd Rosli Abdul Ghani, Faizatul Hasliyanti Ghazali, & Nur Shira Ain Mohd Nasir. (2024). KESAN KOMPOSISI LEMBAGA PENGARAH TERHADAP NILAI FIRMA BAGI SYARIKAT MULTINASIONAL DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3915