KESAN HUBUNGAN PENGARAH WANITA DAN PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: KAJIAN KOMPREHENSIF
Abstract
Penglibatan wanita di dalam lembaga pengarah dan prestasi firma sentiasa menjadi topik pendebatan dikalangan para ahli akademik sehingga mendorong kerajaan dan pembuat dasar mengemaskini dan mewujudkan peraturan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam lembaga pengarah bagi membuat keputusan-keputusan penting untuk firma. Banyak kajian akademik dijalankan untuk melihat kesan pengarah wanita terhadap prestasi firma, operasi, nilai dan prestasi saham sama ada dalam bidang perniagaan, ekonomi, kewangan, perakaunan dan sains sosial. Berdasarkan kajian empirikal terdahulu didapati hasil keputusannya masih belum lagi konklusif untuk dijadikan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti lembaga pengarah, firma, pemegang saham, pelabur dan kerajaan. Walaubagaimanapun, kajian seperti ini di negara ASEAN masih kurang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara kritikal literatur sedia ada mengenai kesan hubungan pengarah wanita terhadap prestasi saham di pasaran saham di tiga negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kajian ini akan melihat dari sudut teori dan empirikal kajian berkaitan hubungan pengarah wanita dengan prestasi saham bagi menentukan jurang yang ada untuk kajian di masa akan datang. Kajian ini telah mengenalpasti beberapa perkara utama dari sudut teori, operasi, pengukuran, kontekstual dan metodologi dalam kajian empirikal. Berdasarkan kajian literatur terdahulu juga didapati keputusan kajian masih belum boleh untuk digeneralisasikan dalam konteks, sektor dan populasi yang lebih besar. Seterusnya, kajian ini telah menggariskan pelbagai saluran penyelidikan bagi tujuan meningkatkan kefahaman yang lebih terperinci berkaitan pengarah wanita dan prestasi saham. Maka, berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa penemuan kajian sedia ada masih belum konsisten. Akhir sekali, dibincangkan implikasi kajian ini ke atas dasar, teori dan praktikal.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Yusmie Abdul Rani, Wan Sallha Yusoff, Mohd Fairuz Md Salleh, & Mohd Rosli Abdul Ghani. (2024). KESAN HUBUNGAN PENGARAH WANITA DAN PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: KAJIAN KOMPREHENSIF. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3916
Issue
Section
Articles