KESAN HUBUNGAN PENGARAH BEBAS DAN PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: TINJAUAN SISTEMATIK

Authors

  • Yusmie Abdul Rani Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un
  • Wan Sallha Yusoff Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un
  • Dayang Hasliza Muhd Yusuf Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un
  • Mohd Rosli Abdul Ghani Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un

Abstract

Komposisi pengarah di dalam lembaga pengarah sentiasa menjadi topik utama dalam kajian atau penyelidikan berkaitan urus tadbir korporat bagi melihat kesannya ke atas prestasi firma mahupun prestasi saham. Pengarah bebas telah menjadi elemen penting dalam pendebatan dikalangan ahli akademik berkaitan kehadirannya di dalam lembaga pengarah. Isu berkaitan pengarah bebas telah mendorong kerajaan dan pembuat dasar mengemaskini dan mewujudkan peraturan baru atau menguatkuasakan peraturan sedia ada bagi tujuan pematuhan dikalangan firma untuk meningkatkan bilangannya dalam lembaga bagi membuat keputusan terbaik dan mengawal selia pihak pengurusan supaya kepentingan pemegang saham terpelihara. Banyak kajian akademik dijalankan dalam bidang-bidang tertentu untuk melihat kesan pengarah bebas terhadap prestasi firma, operasi, nilai dan prestasi saham antaranya dalam bidang perniagaan, ekonomi, kewangan, perakaunan dan sains sosial. Walaubagaimanapun, hasil kajian empirikal terdahulu didapati masih belum lagi konsisten untuk dijadikan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti lembaga pengarah, firma, pemegang saham, pelabur dan kerajaan. Namun, pada masa yang sama kajian seperti ini di negara ASEAN masih terhad. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara kritikal literatur sedia ada mengenai kesan hubungan pengarah bebas terhadap prestasi saham di tiga negara ASEAN (Malaysia, Thailand dan Indonesia). Seterusnya, bagi menentukan jurang yang ada maka kajian ini akan mengenalpasti beberapa perkara penting dari sudut teori, kontekstual, operasi, metodologi dan pengukuran dalam kajian empirikal terdahulu. Berdasarkan keputusan kajian dalam literatur terdahulu masih belum dapat digeneralisasikan dalam konteks, sektor dan populasi yang lebih besar. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan lagi kefahaman yang lebih mendalam maka kajian ini akan mengemukakan pelbagai saluran penyelidikan berkaitan pengarah bebas dan prestasi saham. Oleh itu, berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa keputusan kajian sedia ada masih belum konklusif dan bercampur-campur. Akhir sekali, dibincangkan implikasi kajian ini ke atas dasar, teori dan praktikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Yusmie Abdul Rani, Wan Sallha Yusoff, Dayang Hasliza Muhd Yusuf, & Mohd Rosli Abdul Ghani. (2024). KESAN HUBUNGAN PENGARAH BEBAS DAN PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: TINJAUAN SISTEMATIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3917