KESAN HUBUNGAN POLITIK TERHADAP PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: ULASAN KRITIS

Authors

  • Yusmie Abdul Rani Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un
  • Wan Sallha Yusoff Centre of Excellence Social Innovation and Sustainability, Faculty of Applied and Human Sciences, Un
  • Mohd Fairuz Md Salleh Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Faizatul Hasliyanti Ghazali Kulliyyah of Muamalat & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adz

Abstract

Hubungan antara politik dan pasaran saham sentiasa menjadi perhatian di seluruh dunia dan banyak diperdebatkan dalam dunia akademik seperti kajian-kajian pengurusan, kewangan, perakaunan, perniagaan, ekonomi dan sains sosial. Kesan dari hubungan tersebut masih belum dapat digeneralisasikan untuk dijadikan panduan kepada pihak yang berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, syarikat dan kerajaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara kritikal literatur sedia ada mengenai kesan hubungan politik terhadap prestasi saham di bursa saham di tiga negara ASEAN (Malaysia, Thailand dan Indonesia). Penelitian ini secara khususnya akan menilai dari sudut teori dan empirikal kajian berkaitan hubungan politik dengan prestasi saham bagi menentukan jurang yang ada untuk kajian di masa akan datang. Kajian ini telah mengenalpasti beberapa perkara penting dari sudut teori, operasi, pengukuran, kontekstual dan metodologi dalam kajian empirikal. Selain itu, hasil kajian literatur terdahulu masih belum dapat untuk digeneralisasikan dalam konteks, sektor dan populasi yang lebih besar. Tambahan lagi, kajian ini telah mengemukakan pelbagai saluran penyelidikan bagi tujuan memudahkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan hubungan politik dengan prestasi saham. Berdasarkan kajian ini dapat dijelaskan bahawa penemuan kajian terdahulu mengenai hubungan antara firma yang berkaitan politik dan prestasi saham masih belum inklusif dan tidak konsisten. Akhir sekali, dibincangkan implikasi kajian ini ke atas dasar, teori dan praktikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Yusmie Abdul Rani, Wan Sallha Yusoff, Mohd Fairuz Md Salleh, & Faizatul Hasliyanti Ghazali. (2024). KESAN HUBUNGAN POLITIK TERHADAP PRESTASI SAHAM DI NEGARA-NEGARA ASEAN: ULASAN KRITIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3918