PENENTU ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING DI NEGARA-NEGARA ASEAN

Authors

  • Syrizal Kamis Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, 02600 Kangar, Perlis, Malaysia
  • Dayang Hasliza Muhd Yusuf Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, 02600 Kangar, Perlis, Malaysia

Abstract

Pelaburan langsung asing (FDI) memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membuat kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi aliran masuk FDI di rantau Asia Tenggara (ASEAN). Di samping itu, penyelidikan sedia ada telah meninggalkan soalan-soalan tertentu yang tidak dijawab, termasuk sama ada perdagangan terbuka dan rasuah berfungsi sebagai pemangkin atau penghalang untuk aliran masuk FDI. Berdasarkan kajian empirikal terdahulu didapati hasil keputusannya masih belum lagi konklusif untuk dijadikan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti firma, pemegang saham, pelabur dan kerajaan. Walau bagaimanapun, kajian seperti ini di negara Asean masih kurang. Kajian ini menggunakan metodologi Panel Autoregressive Distributed Lag (ARDL) untuk menganalisis data dari tahun 2000 hingga 2021.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Syrizal Kamis, & Dayang Hasliza Muhd Yusuf. (2024). PENENTU ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING DI NEGARA-NEGARA ASEAN . INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3920