KAWALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN KUTU TERHADAP PRODUK TEPUNG BAGI KESEJAHTERAAN PENGGUNA: KAJIAN EMPIRIKAL DI KILANG TEPUNG

Authors

  • Musaiyadah Ahmadun Universiti Teknologi Mara (UiTM),Malaysia
  • Sobri Salamun Ahmadun Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd, Lahad Datu, Sabah
  • Sofuwan Ahmadun Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Nur Ilma Ambo Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kutu, Pencegahan, Rawatan Haba, Tepung

Abstract

Tepung gandum mempunyai jangka hayat tertentu dan tidak dapat disimpan terlalu lama di satu penyimpanan atau gudang. Tepung gandum secara semulajadi akan menarik serangga perosak seperti kumbang dan kutu untuk bertelur dan membiak di dalam produk tepung tersebut. Pelbagai strategi   telah digunakan oleh pihak industri  bagi mengawal pencemaran kutu tepung terus berlaku antaranya adalah dengan kaedah rawatan haba. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kecekapan penggunaan rawatan haba sebagai alternatif kepada pencegahan pembiakan kutu di dalam tepung gandum. Eksperimen dan kaedah pemerhatian digunakan sebagai pengumpulan data utama serta disokong dengan penilitian dokumen-dokumen penting daripada pihak industri bagi mendapatkan maklumat yang mendalam tentang subjek kajian. Manakala metod analisis tematik telah digunapakai dengan bantuan perisian atlas ti versi 23. Hasil kajian menunjukkan, terdapat empat proses utama yang perlu dijalankan dalam proses pencegahan kutu tepung menggunakan rawatan haba iaitu menjalankan operasi pembersihan sisa tepung, meletakkan kutu hidup di titik sentuhan haba, rawatan haba dijalankan dengan meniup udara suhu tinggi dari bahagian bawah ruang penyimpanan dan membuat penilaian keberkesanan rawatan haba dalam menghapuskan kutu tepung. Proses ini dilihat berjaya dalam membantu pihak industri mengawal pembiakan kutu di dalam tepung dan meningkatkan lagi produktiviti serta keterjaminan pengeluaran tepung dari masa ke sama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-28

How to Cite

Musaiyadah Ahmadun, Sobri Salamun Ahmadun, Sofuwan Ahmadun, & Nur Ilma Ambo. (2024). KAWALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN KUTU TERHADAP PRODUK TEPUNG BAGI KESEJAHTERAAN PENGGUNA: KAJIAN EMPIRIKAL DI KILANG TEPUNG. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 7(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/398