HUBUNGAN AL-QALB DALAM KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN PRESTASI KERJA DALAM ISLAM

Authors

  • Raja Raziff Raja Shaharuddin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Daud Mohamed Salleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Elmi Baharudin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Zahimi Zainol Abidin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Keywords:

Al-Ghazali, Kecerdasan Spiritual, Al-Qalb, Prestasi Kerja

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pandangan al-Ghazali mengenai hubungan antara kecerdasan spiritual berteraskan al-Qalb (hati) dengan prestasi kerja. Dalam konteks ini, al-Ghazali berpendapat bahawa untuk mencapai tahap kualiti kerja yang tinggi, seseorang pekerja perlu memiliki al-Qalb (hati) yang mantap. Tanpanya, hasil kerja mungkin tidak mencapai objektif yang diharapkan. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan dengan pendekatan deskriptif analisis untuk mengkaji pandangan al-Ghazali, serta sumber-sumber lain yang menyokong konsep kecerdasan spiritual. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa al-Ghazali menekankan bahawa kecerdasan spiritual, terutama melalui peranan al-Qalb (hati), adalah kunci dalam membentuk nilai-nilai peribadi yang baik dan berkualiti. Konsep ini menekankan pentingnya integrasi antara aspek spiritual dan profesional dalam kehidupan seseorang. Relevansi model kecerdasan spiritual al-Ghazali terletak pada hubungan erat antara aspek spiritual dan prestasi kerja. Untuk mencapai kecerdasan spiritual berteraskan al-Qalb, seseorang perlu menerapkan prinsip-prinsip tauhid dengan tepat dan menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-26

How to Cite

Raja Raziff Raja Shaharuddin, Daud Mohamed Salleh, Elmi Baharudin, & Zahimi Zainol Abidin. (2024). HUBUNGAN AL-QALB DALAM KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN PRESTASI KERJA DALAM ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 7(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/4175