IMPLIKASI AMALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERASASKAN KAEDAH AL-UMŪR BI MAQĀṢIDIHĀ
Keywords:
Tanggungjawab Sosial Korporat, Filantropi, CSR, NiatAbstract
Pelaksanaan suatu ibadah harus didasari dengan niat. Niat merupakan suatu ketetapan hati untuk melakukan suatu tindakan atau perbuatan. Konsep niat dalam perniagaan korporat mampu memenuhi keperluan masyarakat dan tuntutan agama. Kajian ini adalah bertujuan mengkaji nilai ibadah dalam tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) dari sudut filantropi dengan mengaplikasikan kaedah al-umūr bi maqāṣidihā. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dan dianalisis menggunakan analisis dokumen. Filantropi juga sering kali dikaitkan dengan sikap dermawan atau suka membantu yang bersifat jangka panjang sinonim dengan konsep wakaf dalam Islam yang lebih tertumpu kepada pemberian jangka panjang yang menuju kepada akar permasalahan iaitu penyebab kepada kemiskinan atau ketidaksetaraan serta memberi manfaat berpanjangan di dunia dan akhirat. Namun, sejauh manakah nilai perbuatan-perbuatan harus seperti pelaksanaan CSR dari sudut filantrofi tersebut boleh diiktiraf menjadi satu ibadah di sisi Allah s.w.t? Hasil dapatan kajian mendapati bahawa niat pelaksanaan CSR dengan mengharapkan manfaat duniawi yang tidak bertentangan dengan Syariat, mengikut kepada konsep tasyrīk fi al-niyyah antara ibadah dengan perkara yang harus tidak menjadi bersalahan dengan syarak melainkan syarat menjadi keutamaan niat dengan tujuan dan matlamat mencari keredaan Allah s.w.t mengatasi niat untuk mendapat keuntungan atau manfaat dunia.