IMPAK BANTUAN RUMAH BAITULMAL TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP ASNAF
THE IMPACT OF BAITULMAL HOUSING ASSISTANCE ON THE WELL-BEING OF ASNAF
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEMP.831004Keywords:
Impak Bantuan (Housing Assistance), Baitulmal, Bina Baru dan Baik pulih Rumah (New Construction and Home Repair), Kesejahteraan Asnaf (Asnaf Well-Being)Abstract
Baitulmal merupakan satu institusi yang mengendalikan harta orang Islam. Menerusi baitulmal, ia menjadi satu institusi kebajikan yang bertujuan membasmi kemiskinan dan membantu orang Islam dalam menelusuri kelangsungan hidup. Kajian ini memfokuskan kepada impak bantuan rumah baitulmal yang meliputi dua skop iaitu bantuan bina rumah baru dan bantuan baik pulih rumah. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan temu bual separa berstruktur dan fokus berkumpulan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 24 orang responden iaitu dua belas responden yang menerima bantuan bina rumah baru dan dua belas responden lagi yang menerima bantuan baik pulih rumah. Huraian data temu bual adalah dengan menggunakan pendekatan tematik. Hasil temu bual menunjukkan bahawa para responden memberikan respons bahawa bantuan ini memberikan perubahan positif dalam kualiti kehidupan mereka dan memberikan lebih keselesaan untuk berteduh. Bantuan ini juga merupakan satu tindakan efektif yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi memperbaiki keadaan kehidupan golongan asnaf.
Baitulmal is an Islamic financial institution that manages the wealth of Muslims, serving as a charitable body dedicated to alleviating poverty and supporting the Muslim community in sustaining their livelihoods. This study examines the impact of Baitulmal housing assistance, focusing on two types of support: the construction of new homes and the repair or renovation of existing homes. The study employs a qualitative methodology, using semi-structured interviews and focus group discussions. A total of 24 respondents participated in the study, 12 recipients of newly constructed houses and 12 recipients of home repair assistance. Data from the interviews were analysed using a thematic approach. The findings indicate that the respondents experienced a positive shift in their quality of life and greater comfort in their living conditions following the assistance. This initiative, implemented by the Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), is shown to be an effective initiative in enhancing the well-being of the asnaf community.