ANALISIS KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN BEKERJA DARI RUMAH

Authors

  • Siti Sarawati Johar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Azah Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kesahan, Kebolehpercayaan, Instrumen, Bekerja, Rumah

Abstract

Artikel ini membincangkan analisis instrumen soal selidik yang menilai persepsi penjawat awam tentang bekerja dari rumah.  Kajian ini menggunakan Instrumen Bekerja dari Rumah yang telah diubah suai daripada Instrumen Bekerja dari Rumah Cabaran COVID-19 (WFHI-CvdC; Siti Sarawati Johar, 2021). Ubahsuai instrument dilakukan iaitu daripada penilaian persepsi bekerja dari rumah semasa pandemik COVID-19 kepada pasca pandemik COVID-19.  Untuk memastikan konstruktif dan indikator instrumen ini bersesuaian dengan keadaan responden, ia telah dibangunkan dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan. Sebelum dihantar kepada responden kajian semasa kajian rintis, instrumen ini telah dinilai oleh tiga pakar penyelidikan. Kajian rintis melibatkan 30 pekerja badan berkanun, termasuk staf akademik dan bukan akademik dari pelbagai gred gaji. Untuk proses analisis, Program Statistical Package for Social Science, atau SPSS versi 26.0 digunakan untuk menguji instrumen kajian ini. Hasil analisis ujian kesahan Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) adalah 0.762, dan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk semua item instrumen ini adalah 0.947. Dapatan ini menunjukkan bahawa instumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang membolehkan ia digunakan dalam kajian. Malahan setiap item dalam soal selidik ini turut sesuai untuk menilai persepsi penjawat awam di sebuah badan berkanun di Malaysia mengenai persepsi bekerja dari rumah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Siti Sarawati Johar, & Nur Azah Razali. (2024). ANALISIS KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN BEKERJA DARI RUMAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 7(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/603