MEMAHAMI KEDUDUKAN SUNNAH MELALUI PERSPEKTIF AL-QURAN DALAM KONTEKS KONTEMPORARI MALAYSIA

UNDERSTANDING THE POSITION OF THE SUNNAH THROUGH THE PERSPECTIVE OF THE QUR’AN IN THE CONTEMPORARY MALAYSIAN CONTEXT

Authors

  • Mohamad Murad Mahyudin Muheji Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. UMCCED
  • Muhammad Dinie Izdihar Md Idris Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. UMCCED
  • Mohd Nor Adzhar Ibrahim Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. UMCCED

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEMP.832006

Keywords:

Sunnah, Al-Quran (Qur’an), Quraniyyun, Literasi Hadis (Hadith Literacy), Malaysia

Abstract

Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber utama syariat Islam yang saling melengkapi dengan al-Quran memberikan prinsip umum manakala Sunnah berfungsi sebagai penjelasan praktikal. Walau bagaimanapun, dalam konteks kontemporari Malaysia, timbul permasalahan seperti penolakan autoriti Sunnah oleh gerakan Quraniyyun serta penyebaran hadis palsu melalui media sosial yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini meneliti kedudukan Sunnah sebagai sumber hukum Islam kedua selepas al-Quran dengan merujuk ayat-ayat yang menegaskan ketaatan kepada Rasulullah SAW sebagai pelengkap wahyu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis tematik terhadap teks al-Quran dan literatur sarjana Malaysia seperti Mohd Asri Zainul Abidin (2016) serta Zulkiple Abd Ghani (2021). Objektif utama adalah menjelaskan konsep Sunnah, menilai fungsinya dalam menjelaskan al-Quran serta menangani cabaran kontemporari seperti penolakan gerakan Quraniyyun dan penularan hadis palsu. Dapatan menunjukkan bahawa al-Quran secara jelas mengiktiraf autoriti Sunnah melalui ayat seperti Surah al-Hashr (59:7) dan al-Nisa’ (4:59), sekali gus menolak pandangan yang menafikan kedudukannya. Cabaran semasa seperti penolakan Sunnah dan penggunaan hadis daif menuntut pendekatan ilmiah serta pendidikan hadis yang lebih sistematik. Kajian ini mencadangkan strategi praktikal antaranya pengukuhan kurikulum pendidikan hadis di universiti, penganjuran platform dialog oleh ulama serta kempen kesedaran digital untuk meningkatkan literasi Sunnah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada wacana tafsir dan hadis di Malaysia dengan menegaskan hubungan erat antara al-Quran dan Sunnah dalam menghadapi cabaran semasa.

The Qur’an and Sunnah are the two primary sources of Islamic law that complement each other with the Qur’an providing general principles and the Sunnah serving as practical elaboration. However, in contemporary Malaysia, challenges such as the rejection of the Sunnah’s authority by the Quraniyyun movement and the spread of fabricated hadiths via social media have caused confusion among the community. This study examines the Sunnah’s position as the second source of Islamic law after the Qur’an by analysing verses that affirm obedience to the Prophet Muhammad (peace be upon him) as a complement to revelation. A qualitative approach is employed through thematic analysis of Qur’anic texts and Malaysian scholarly works, including Mohd Asri Zainul Abidin (2016) and Zulkiple Abd Ghani (2021). The main objectives are to clarify the concept of the Sunnah, evaluate its role in interpreting the Qur’an, and address contemporary issues such as the Quraniyyun movement and fabricated hadiths. Findings reveal that the Qur’an explicitly recognises the Sunnah’s authority through verses such as Surah al-Hashr (59:7) and al-Nisa’ (4:59), refuting denialist views. Current challenges, including Sunnah rejection and misuse of weak hadiths, necessitate scholarly and systematic hadith education. The study proposes practical strategies: strengthening university hadith curricula, organising ulama-led dialogue platforms and launching digital awareness campaigns to enhance Sunnah literacy in Malaysian society. Overall, this research contributes to Qur’anic and Hadith discourse in Malaysia by reaffirming the inseparable link between the Qur’an and Sunnah amid modern challenges.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-01

How to Cite

Muheji, M. M. M., Idris, M. D. I. M., & Ibrahim, M. N. A. (2025). MEMAHAMI KEDUDUKAN SUNNAH MELALUI PERSPEKTIF AL-QURAN DALAM KONTEKS KONTEMPORARI MALAYSIA: UNDERSTANDING THE POSITION OF THE SUNNAH THROUGH THE PERSPECTIVE OF THE QUR’AN IN THE CONTEMPORARY MALAYSIAN CONTEXT. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 8(32), 86–99. https://doi.org/10.35631/IJEMP.832006