HUBUNGAN SOKONGAN SOSIAL DAN PENGALAMAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN TERHADAP KECENDERUNGAN MENJADI USAHAWAN PELAJAR INSTITUSI TVET
THE RELATIONSHIP BETWEEN SOCIAL SUPPORT AND EXPERIENCE OF ENTREPRENEURIAL ACTIVITIES ON THE PROPENSITY TO BECOME ENTREPRENEURS IN TVET INSTITUTION STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEMP.832008Keywords:
Keusahawanan Pelajar (Student Entrepreneurship), Sokongan Keluarga (Family Support), Idola Keusahawanan (Entrepreneurial Role Models), Aktiviti Keusahawanan (Entrepreneurial Activities)Abstract
Kadar pengangguran yang meningkat dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi telah menimbulkan keperluan mendesak untuk meneroka laluan kerjaya alternatif yang lebih lestari, seperti bidang keusahawanan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan empirikal antara sokongan keluarga, peranan idola, dan penglibatan dalam aktiviti keusahawanan terhadap kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Fokus kajian ini adalah kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak, melibatkan 155 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Pendekatan kuantitatif digunakan menerusi pengedaran soal selidik dalam talian, dan analisis data dijalankan menggunakan statistik deskriptif serta korelasi Pearson melalui perisian IBM SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan keluarga dan peranan idola dengan kecenderungan menjadi usahawan. Namun, penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan tidak memperlihatkan hubungan yang bermakna secara statistik. Implikasi kajian ini menekankan peranan penting sokongan sosial dalam membentuk niat keusahawanan pelajar, serta mencadangkan agar institusi pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) memperkukuh pelaksanaan program keusahawanan yang berorientasikan nilai, pengalaman dan bimbingan yang autentik. Hasil kajian ini juga menawarkan input awal dalam perumusan dasar dan pelaksanaan strategi pendidikan yang lebih berkesan dalam memupuk generasi usahawan muda di peringkat politeknik.
The increasing unemployment rate among graduates of higher education institutions has intensified the need to explore more sustainable alternative career pathways such as entrepreneurship. This study examines the empirical relationships between family support, the influence of role models, and students’ involvement in entrepreneurial activities, and how these factors shape their inclination towards entrepreneurship. The research focuses on Diploma in Mechanical Engineering students at Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak, involving 155 respondents selected through stratified random sampling. A quantitative research design was implemented using an online questionnaire, and the data were analysed with descriptive statistics and Pearson correlation via IBM SPSS Version 25. The results reveal significant relationships between family support and role models with students’ entrepreneurial inclination. However, participation in entrepreneurial activities does not demonstrate a statistically significant association. These findings underscore the importance of social support in fostering entrepreneurial intentions among students and recommend that TVET institutions enhance entrepreneurship programmes by emphasising values-based learning, authentic experiences, and structured mentoring. The study also provides foundational insights to guide policy formulation and the development of more effective educational strategies aimed at cultivating young entrepreneurs within polytechnic institutions.
