KESAN LITERASI KEWANGAN TERHADAP KECEKAPAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA DI UNIVERSITI AWAM

THE EFFECT OF FINANCIAL LITERACY ON FINANCIAL MANAGEMENT COMPETENCY AMONG PUBLIC UNIVERSITY EMPLOYEES

Authors

  • Rogis Baker Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Nur Surayya Mohd Saudi Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Haliza Mohd Zahari Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Mohd Hamran Mohamad Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Abu Aiman Al-Wafi Abd Aziz Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Hasimi Sallehudin Faculty of Information Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEMP.832011

Keywords:

Literasi Kewangan (Financial Literacy), Pengetahuan Kewangan (Financial Knowledge), Tingkah Laku Kewangan Dan Pengalaman Kewangan (Financial Behavior and Financial Experience), Pengurusan Kewangan (Financial Management)

Abstract

Pengurusan kewangan yang cekap amat penting bagi menjamin kestabilan dan perancangan masa depan pekerja. Amalan berbelanja dengan boros tanpa mengambil kira keperluan atau kehendak akan mengakibatkan kegagalan dalam menguruskan kewangan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menguji kesan literasi kewangan berkaitan pengetahuan, tingkah laku, dan pengalaman kewangan, terhadap kecekapan pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja universiti awam di Malaysia. Seramai 148 orang staf akademik dan bukan akademik di salah sebuah universiti awam telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana data dikumpulkan melalui borang soal selidik dalam talian menggunakan platform Google Form. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah bebas menyumbang sebanyak 63.0% terhadap varians kecekapan pengurusan kewangan. Kajian mendapati Tingkah Laku Kewangan (Beta=0.375) dan Pengalaman Kewangan (Beta=0.335) mempunyai pengaruh yang paling kuat dan signifikan. Pengetahuan Kewangan juga didapati mempunyai hubungan positif yang signifikan (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa pekerja yang mempraktikkan tingkah laku kewangan yang baik serta belajar daripada pengalaman lebih berkemampuan dalam menguruskan perbelanjaan. Sehubungan itu, majikan perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pekerja terhadap pengurusan kewangan peribadi. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pekerja mempunyai kompetensi pengurusan kewangan yang baik dan terkawal, seterusnya dapat mengatasi masalah kewangan yang sering menjejaskan prestasi pekerja dan operasi organisasi. Lazimnya, pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan mengurus kewangan diri dengan baik akan turut memaparkan prestasi kerja yang cemerlang.

Efficient financial management is crucial for ensuring the stability and future planning of employees. Wasteful spending habits that disregard the distinction between needs and wants often lead to financial management failure. Therefore, this study was conducted to examine the impact of financial literacy specifically financial knowledge, behavior, and experience on financial management competency among public university employees in Malaysia. A total of 148 academic and non-academic staff from a public university participated in this study. This study utilized a quantitative approach, with data collected via an online questionnaire using the Google Forms platform. The obtained data were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The results of the multiple regression analysis indicated that the three independent variables collectively contributed 63.0% to the variance in financial management competency. The study found that Financial Behavior (Beta=0.375) and Financial Experience (Beta=0.335) had the strongest and most significant influence. Financial Knowledge was also found to have a significant positive relationship (p<0.05). This indicates that employees who practice good financial behavior and learn from past experiences are more capable of managing their expenses. Consequently, employers need to play a vital role in enhancing employee awareness and knowledge regarding personal financial management. This initiative aims to ensure that employees possess competent and controlled financial management skills, thereby overcoming financial issues that often affect employee performance and organizational operations. Typically, employees who possess good personal financial management skills and capabilities will also demonstrate excellent work performance.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-09

How to Cite

Baker, R., Saudi, N. S. M., Zahari, H. M., Mohamad, M. H., Abd Aziz, A. A. A.-W., & Sallehudin, H. (2025). KESAN LITERASI KEWANGAN TERHADAP KECEKAPAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA DI UNIVERSITI AWAM: THE EFFECT OF FINANCIAL LITERACY ON FINANCIAL MANAGEMENT COMPETENCY AMONG PUBLIC UNIVERSITY EMPLOYEES. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 8(32), 164–177. https://doi.org/10.35631/IJEMP.832011