KEUSAHAWANAN DIGITAL ISLAM: INSPIRASI MAHASISWA BERDAYA NIAGA
ISLAMIC DIGITAL ENTREPRENEURSHIP: INSPIRING STUDENTS TO BE BUSINESS-ABLE
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEMP.832024Keywords:
Keusahawanan Islam (Islamic Entrepreneurship), Digital, Mahasiswa (University Students), Syariah (Shariah), Teknologi (Technology)Abstract
Keusahawanan digital Islam merujuk kepada sebarang aktiviti perniagaan berasaskan platform digital yang dipandu oleh nilai-nilai Islam seperti kejujuran, keadilan dan berlandaskan prinsip Syariah. Menerusi era transformasi digital Revolusi Industri 4.0, integrasi prinsip Islam perlu diterapkan dalam perniagaan secara atas talian terutamanya bagi mahasiswa yang ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kajian ini mengkaji bagaimana nilai-nilai Islam boleh diaplikasikan dalam keusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa, peluang yang wujud dalam ekonomi digital Islam yang semakin berkembang pesat, serta cabaran semasa yang perlu diatasi. Kajian ini juga mengemukakan cadangan praktikal bagi membantu mahasiswa merealisasikan aspirasi perniagaan digital yang beretika dan mampan menurut acuan Islam. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang keusahawanan digital berteraskan Islam sebagai landasan kerjaya bagi generasi mahasiswa masa kini.
Islamic digital entrepreneurship refers to business activities conducted through digital platforms that are guided by Islamic values such as honesty, fairness, and adherence to Shariah principles. In line with the digital transformation era of the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0), the integration of Islamic principles into online business practices is essential particularly for university students who aspire to become successful entrepreneurs. This study examines how Islamic values can be applied in digital entrepreneurship among university students, the emerging opportunities within the rapidly growing Islamic digital economy, as well as the current challenges that must be addressed to ensure compliance with Shariah principles. In addition, this study proposes practical recommendations to assist students in realising their aspirations of developing ethical and sustainable digital businesses grounded in Islamic principles. It is hoped that the findings of this study will contribute to a more comprehensive understanding of Islamic-based digital entrepreneurship as a viable career pathway for the current generation of university students.
