ANJAKAN PEMBELAJARAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBELAJARAN AKTIF: IMPAK TERHADAP MASA PEMBELAJARAN PELAJAR
Abstract
Pendidikan hari ini yang berteraskan teknologi moden telah menglobalisasikan pembelajaran konvensional khususnya di menara gading. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan impak anjakan pembelajaran konvensional kepada pembelajaran aktif yang menyelitkan elemen multimedia dalam pembelajaran tutor sebaya terhadap masa pembelajaran pelajar kursus Ekonomi. Lokasi kajian bertempat di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negeri Perak. Gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah digunapakai dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif melibatkan kuasi-eksperimen dan soal selidik manakala pendekatan kualitatif melibatkan sesi temu bual bersama pensyarah dan subjek kajian. Seramai 120 sampel masing-masing 60 sampel kumpulan eksperimen dan 60 sampel kumpulan kawalan. Rawatan diberikan kepada sampel kumpulan eksperimen. Pelajar diagihkan kepada lima orang ahli dalam satu kumpulan untuk tujuan pembelajaran tutor sebaya dan dibekalkan rakaman audio-video pengajaran pensyarah. Manakala sampel kumpulan kawalan tidak diberikan sebarang rawatan dan masih mengikuti pembelajaran konvensional seperti biasa. Selepas tujuh minggu rawatan, data dikumpul dan dimasukkan ke dalam Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22.0 untuk analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati rakaman audio-video pengajaran pensyarah dalam pembelajaran tutor sebaya berkesan menyingkatkan masa pembelajaran pelajar kursus Ekonomi. Secara implikasinya, anjakan pembelajaran ini membuahkan hasil yang positif sehaluan dengan arena globalisasi masa kiniDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Wei Chooi-Yi, Khoo Yin-Yin, & Zainizam bin Zakariya. (2024). ANJAKAN PEMBELAJARAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBELAJARAN AKTIF: IMPAK TERHADAP MASA PEMBELAJARAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2777
Issue
Section
Articles