HUBUNGAN ANTARA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN EFIKASI KENDIRI GURU RELATIONSHIP BETWEEN IN-SERVICE TRAINING AND TEACHER SELF-EFFICACY
Abstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap latihan dalam perkhidmatan, tahap efikasi kendiri guru dan hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik merupakan instrumen utama kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 212 orang guru yang dipilih secara rawak dari tujuh buah sekolah menengah di Daerah Sungai Siput (U), Perak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif min dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan latihan dalam perkhidmatan guru adalah sederhana manakala tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi. Dapatan kajian menujukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara latihan dalam perkhidmatan dengan efikasi kendiri guru. Implikasi kajian menunjukkan latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan meningkatkan efikasi kendiri guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rusliza Yahaya, Norsamsinar Samsuddin, Jessnor Elmy Mat Jizat, & Hemini Krishnan. (2024). HUBUNGAN ANTARA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN EFIKASI KENDIRI GURU RELATIONSHIP BETWEEN IN-SERVICE TRAINING AND TEACHER SELF-EFFICACY. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2790
Issue
Section
Articles