PENINGKATAN KEADAAN BILIK DARJAH SECARA FIZIKAL; MENGGALAKKAN PERSEKITARAN PENDIDIKAN CEMERLANG DI BANGUNAN SEKOLAH
Abstract
Bilik darjah adalah merupakan ruang pembelajaraan yang utama bagi sesebuah institusi pendidikan terutamanya sekolah. Kertas jurnal ini bertujuan untuk mengkaji keadaan bilik darjah semasa dari persepsi pengguna iaitu dengan mengenalpasti tahap kepuasan pengguna bilik darjah dan cadangan untuk masa hadapan bagi memperbaharui keadaan fizikal bilik darjah di sekolah. Kaedah kajian yang digunakan bagi membuat kutipan data adalah merupakan borang soal selidik bagi pelajar dan temubual berstruktur bagi pengetua serta guru yang terlibat. Kajian terdiri daripada 8 buah sekolah menengah meliputi populasi pelajar di sekitar Selangor yang merupakan responden bagi kajian ini, iaitu berjumlah 382 orang pelajar. Selain itu terdapat 10 responden yang terdiri daripada 5 orang pengetua sekolah dan 5 orang guru. Hasil dan penemuan mendapati secara keseluruhannya 37 peratus pelajar menyatakan bahawa tahap kepuasan bilik darjah semasa adalah berkeadaan selesa. Namun, hasil temubual bersama pengetua dan guru-guru mendapati keselesaan bilik darjah adalah berada pada tahap sederhana sahaja yang mana perubahan aspek fizikal sepatutnya diberi perhatian demi menjamin pembelajaran yang sempurna kepada pelajar di sekolah. Antara elemen utama yang perlu diberi penekanan bagi menghasilkan persekitaran bilik darjah yang lebih cemerlang termasuk susunatur, kemudahan mekanikal seperti kipas dan teknologi multimedia pengajaran yang bertepatan dengan teknik pembelajaran terkini pada masa sekarang serta menyumbang kepada suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan di bilik darjah sekolah. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan sekolah memastikan elemen fizikal bilik darjah adalah berada pada tahap selesa dan selamat. Bilik darjah yang kondusif akan menggalakkan persekitaran pembelajaran yang cemerlang, justeru meningkatkan motivasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norsafiah Norazman, Adi Irfan Che Ani, Norhaslina Jaa’far, & Muhamad Azry Khoiry. (2024). PENINGKATAN KEADAAN BILIK DARJAH SECARA FIZIKAL; MENGGALAKKAN PERSEKITARAN PENDIDIKAN CEMERLANG DI BANGUNAN SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2904
Issue
Section
Articles