CABARAN HIDUP IBU TUNGGAL: KESAN TERHADAP KESEJAHTERAAN EMOSI

Authors

  • Siti Marziah Zakaria Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, Selangor
  • Nurul Shafini Shafurdin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, Selangor
  • Noremy Md. Akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, Selangor
  • Suzana Mohd Hoesni Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, Selangor
  • Jamiah Manap Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, Selangor

Abstract

Isu kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu tunggal seharusnya tidak dipandang mudah. Ini kerana ibu tunggal turut menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta sokongan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal secara tidak langsung telah menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal terpilih di Selangor. Pendekatan kualitatif ini mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus (focused group discussion) sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Pemilihan informanadalah berdasarkan pensampelan bertujuan yang dipilih menggunakan kriteria inklusif dan eksklusif. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis bertema. Hasil kajian mendapati berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal (a) ketidakstabilan ekonomi, (b) urusan mahkamah, (c) nafkah anak, (d) hubungan antara bekas suami dan anak-anak, (e) masalah kesihatan, (f) cabaran membesarkan anak-anak, dan (g) stigma masyarakat. Hasil kajian turut mendapati cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal ini telah menggugat kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, intervensi sewajarnya perlu bagi membantu golongan ibu tunggal mencapai kefungsian sosial seterusnya meningkatkan kesejahteraan fizikal dan psikososial mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Marziah Zakaria, Nurul Shafini Shafurdin, Noremy Md. Akhir, Suzana Mohd Hoesni, & Jamiah Manap. (2024). CABARAN HIDUP IBU TUNGGAL: KESAN TERHADAP KESEJAHTERAAN EMOSI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2970