KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MELALUI PERMAINAN DIGITAL DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL

Authors

  • Mad Noor Madjapuni Fakulti Psikilogi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Jamaluddin Harun Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia

Abstract

Proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian untuk memastikan perkembangan kreativiti pendidik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu mengambil kira kecenderungan, kebolehan serta kemampuan tahap kematangan pelajar dan berupaya berfikir pada aras yang lebih tinggi. Peningkatan populariti penggunaan teknologi komputer dan komunikasi dalam kehidupan seharian manusia terutamanya dalam simulasi dan permainan digital telah menarik minat pengkaji-pengkaji untuk mendalaminya yang dapat meningkatkan keupayaan dan memupuk kemahiran berfikir kritis dikalangan pelajar. Kertas konsep ini membincangkan potensi penggunaan permainan digital terhadap kemahiran berfikir kritis pelajar melalui persekitaran pembelajaran sosial konstruktivisma.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mad Noor Madjapuni, & Jamaluddin Harun. (2024). KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MELALUI PERMAINAN DIGITAL DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3010