MENEROKA PELAKSANAAN AMALAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DI SEKOLAH AGAMA: PERBEZAAN BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI

Authors

  • Mua’azam Mohamad Universiti Utara Malaysia

Abstract

Selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau, sistem pendidikan negara telah melaksanakan program reformasi pendidikan sebagai platform bagi memenuhi keperluan penambahbaikan pendidikan yang berkualiti secara berterusan di semua peringkat institusi pendidikan. Justeru kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan penambahbaikan kualiti berterusan di sekolah agama yang semakin mendapat perhatian kebelakang ini. Kaedah tinjauan secara keratan rentas diaplikasikan dalam proses pengumpulan data kajian. Instrumen yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu maklumat demografi dan soal selidik Iklim Penambahbaikan Kualiti Berterusan. Sejumlah 478 orang responden yang terdiri daripada pemimpin guru sekolah menengah agama di negeri Kelantan terlibat dalam kajian ini. Kaedah pensampelan rawak berstrata digunakan dalam proses pemilihan sampel. Hasil kajian menunjukkan bahawa sekolah agama mengamalkan penambahbaikan kualiti berterusan yang tinggi dalam semua dimensi. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek demografi dan dimensi. Oleh itu, faktor pembangunan sekolah dan elemen-elemen dalam amalan penambahbaikan kualiti berterusan harus diberi perhatian sewajarnya oleh pemegang taruh dalam setiap peringkat pengurusan pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mua’azam Mohamad. (2024). MENEROKA PELAKSANAAN AMALAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DI SEKOLAH AGAMA: PERBEZAAN BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3055