MOTIVASI INTRINSIK DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN SEJARAH
Abstract
Kajian berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi intrinsik dan konstruknya, di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan jantina, lokasi sekolah, aras pencapaian dan pengkhususan. Kajian ini melibatkan seramai 521 orang murid Tingkatan Empat sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik Instrinsic Motivation Inventory yang telah diadaptasi merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi intrinsik dan konstruknya berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan jantina dan aras pencapaian, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan lokasi sekolah dan pengkhususan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa guru sejarah perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap motivasi intrinsik melalui pelaksanaan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejarah yang menarik di dalam kelas.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
M. Kaviza. (2024). MOTIVASI INTRINSIK DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN SEJARAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3064
Issue
Section
Articles