PERANAN GURU DALAM MENINGKATKAN PENYESUAIAN PSIKOSOSIAL PENGHUNI RUMAH KANAK-KANAK
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti peranan guru dalam membantu meningkatkan penyesuaian psikososial penghuni Rumah Kanak-Kanak (RKK) dalam persekitaran sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan rekabentuk kualitatif. Kaedah kajian kes digunakan untuk meneroka data primer yang melihat penyesuaian psikososial dan data naratif dari perspektif kanak-kanak yang menghuni rumah perlindungan di Malaysia. Peserta kajian terdiri daripada kanak-kanak yang menghuni RKK dan juga guru yang mengajar. Hasil analisis dapatan kajian telah menemukan tiga tema utama iaitu guru sebagai pembimbing, mewujudkan hubungan baik dengan penghuni RKK dan juga menyediakan peluang penglibatan dalam aktiviti sekolah. Guru memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman hidup yang memberangsangkan kerana ia memberikan impak besar kepada kejayaan penyesuaian psikososial penghuni RKK ketika berada di sekolah. Selain itu, perkhidmatan pendidikan berkualiti dari segala aspek amat penting untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan seterusnya menjamin perkembangan kanak-kanak yang sihat serta mampu menyesuaikan diri dengan baik apabila berada di persekitaran luar kelak. Selain itu, guru perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan yang lebih holistik dengan mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pihak pengurusan RKK supaya sekolah menjadi persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif dalam membentuk keseimbangan penyesuaian psikososial penghuni RKK ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ropizah Rohani, Zakiyah Jamaluddin, & Abd Razak Abd Manaf. (2024). PERANAN GURU DALAM MENINGKATKAN PENYESUAIAN PSIKOSOSIAL PENGHUNI RUMAH KANAK-KANAK . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3081
Issue
Section
Articles