KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) DI DAERAH SEREMBAN
Abstract
Abstrak: Transformasi pendidikan di Malaysia kini memfokuskan kepada perubahan kepimpinan sekolah.Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di daerah Seremban, Negeri Sembilan.Tahap kepimpinan instruksional pengetua dinilai daripada dimensi mentakrif, membentuk matlamat sekolah,mengurus program instruksional dan menggalakkan iklim pembelajaran sekolah. Manakala,tahap komitmen guru dinilai daripada tiga dimensi iaitu penerimaan matlamat dan nilai organisasi,kesediaan untuk mencapai matlamat dan keinginan untuk kekal dalam organisasi.Pengkaji memilih kaedah penyelidikan tinjauan dan bersifat kuantitatif serta menggunakan borang soal selidik dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan dengan nilai α=0.985. Teknik persampelan rawak bersrata digunakan untuk mengumpul data dalam kalangan populasi guru-guru Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daerah Seremban di Negeri Sembilan dan saiz sampel adalah seramai 127 orang.Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian dikumpulkan menggunakan Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger dan Murphy (1987).Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan kepimpinan instruksional pengetua pada tahap sangat tinggi iaitu skor min = 4.40 manakala komitmen guru menunjukkan tahap sangat tinggi iaitu skor min = 4.15. Selain itu, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru iaitu menunjukkan korelasi yang kuat iaitu r = 0.687. Kajian ini memberikan gambaran bahawa gaya kepimpinan instruksional pengetua memberikan kesan kepada komitmen guru dalam melaksanakan tugasan di sekolah. seterusnya menyumbang kepada keberkesanan organisasi di SBT.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rozila Md. Yusof, & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2024). KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) DI DAERAH SEREMBAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3122
Issue
Section
Articles