KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEBAGAI MEDIUM PEMBENTUKAN TOLERANSI ETNIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS): SATU ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITAS ditawarkan sebagai kursus wajib di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendedahkan para mahasiswa tentang sejarah perkembangan ketamadunan dunia dan Nusantara. Ia seterusnya bertujuan mewujudkan toleransi etnik di kalangan mahasiswa dalam kepelbagaian yang ada bersesuaian dengan konteks Malaysia yang berbilang kaum, etnik dan agama. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kursus TITAS di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai medium pembentukan toleransi etnik serta mengenalpasti keperluan kursus TITAS diteruskan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS sebagai kursus liberal. Kaedah tinjauan menerusi borang soal selidik diadaptasi bagi menjawab objektif kajian dengan penglibatan seramai 475 orang mahasiswa yang telah mengambil kursus TITAS semasa berada pada tahun pertama pengajian. Dapatan kajian diperihalkan secara deskriptif dan kajian ini mencadangkan agar penawaran kursus TITAS diteruskan di PPIB, UMS bagi melestarikan sumbangan TITAS sebagai medium pembentukan toleransi etnik dalam kalangan mahasiswa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Habibah @ Artini Ramlie, & Norshahrul Marzuki Mohd Nor. (2024). KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEBAGAI MEDIUM PEMBENTUKAN TOLERANSI ETNIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS): SATU ANALISIS KEPERLUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3164